Sekiranya anda berkunjung ke Pasar Malam Kim Fung di Batu 4 yang diadakan setiap petang Sabtu hingga jam 10 malam, jangan lupa berkunjung ke salah satu gerai yang menjual ketam goreng.
Sudah pasti bila terbeli mesti nak lagi atau terpaksa mengambil nombor telefon bimbit si pembuat ketam untuk menghantar ke rumah gara-gara keenakan ketam yang sedap lagi rangup itu.
Itu lah penangan Ketam Pak Hassan yang semakin popular di bandar Sandakan apabila permintaan orang ramai yang ingin merasai keenakan ketam kian ramai sampai tidak menang tangan pembuatnya.
Rupa-rupanya yang membuat ketam rangup ini, kawan juga kepada Linz patut laa jarang nampak rupanya sudah berniaga ketam secara kecil-kecilan.
Linz terserempak dengan si Hassan ini semasa berjalan-jalan di Pasar Malam Kim Fung pada Sabtu lepas, dari kejauhan lagi nampak kelibat Hassan yang terpekik mempromosikan ketamnya yang boleh dikomersilkan ke pasaran.
Apa lagi saya pun singgah di gerainya yang dipenuhi pengunjung yang lalu-lalang sambil membeli ketam yang dijual RM6 sebungkus itu.
Tabik kepada si Hassan ini yang dapat membuat kelainan menjual ketam rangupnya, resepi memang lain daripada yang lain pasti sampai menjilat jari apabila memakan Ketam Pak Hassan kira macam KFC laa katakan hehehe.
Saya pun sempat membawa pulang dua bungkus ketam untuk di makan bersama keluarga yang memang penggemar ketam.
Malahan, sewaktu di gerai Hassan ada juga rakan-rakan yang singgah membeli seperti saudara Abdul Hamid Sabal dan saudara Sharif.
Apalagi, Hamid terus mengajak ke restoran mamak yang berhampiran untuk makan terus Ketam Pak Hassan ini.
Memang sedap tak terkata sampai habis pula dikerjakan ketam yang digoreng rangup lagi garing ini.
"Sebetulnya lama sudah saya berniaga ketam rangup ini dan saya mempunyai pelanggan setia termasuk di hospital.
"Selalunya saya hantar kepada pelanggan yang ada menempah awal melalui telefon," kata Hassan.
Ditanya mengenai resepinya, Hassan berkata ada lima resepi pada ketam dan biarlah rahsia.
Ketika berbual-bual dengan beliau sambil melahap ketam, kami sempat mengusik Hassan agar jualan ketamnya dinamakan sebagai Ketam Pak Hassan.
"Percaya laa San, ketam mu akan popular dan boleh dikomersilkan ke peringkat pasaran yang lebih luas sekali gus dikenali sebagai Ketam Pak Hassan," kata Hamid bergurau.
Sedap.. Cubalah rasa kelainannya..