Selamat Datang Ke Blog Mangan Mangan With Linz.

Tag Line

Semuanya Pasal Makanan... Sedap Bah !!!

Sedap Bah !!! Dorang Bilang...




Wednesday, September 7, 2016

San Da Gen Kopitiam imbau zaman silam kepada pengunjung setianya



 
 
Mengimbau suasana zaman silam memang sesuatu yang indah dan menarik kerana kehidupan pada waktu dahulu segala-galanya klasik.
 
Tidak mungkin suasana sebegitu akan berulang kembali atau kita balik ke tahun-tahun seperti 1920-an melainkan semua orang mengembalikan kegemilangan zaman silam melalui dengan bermacam cara sebagai satu kenangan yang terindah.
 
 
Oleh sebab itu, banyak kedai kopi menamakan premis mereka sebagai kopitiam untuk menarik perhatian orang ramai datang berkunjung ke situ.
 
 
 
Ini kerana, suasana di kedai kopi kopitiam memang berbeza dengan kedai-kedai lain di kopitiam pengunjung dapat merasai suasana seolah-olah berada pada masa silam.
 
 
Segala-galanya klasik apabila kita mengunjungi kopitiam selain menikmati minuman kopi yang 'kaw-kaw' dengan cawan kaca ala-ala dulu tetapi juga pengunjung berpeluang menyaksikan panorama yang begitu klasik.
 
Kerana ada pemilik kopitiam memang kreatif dengan memaparkan di setiap sudut premis dengan gambar-gambar potret dahulu kala yang mengembalikan kita kepada era zaman-zaman begitu bernostalgia sekali.
 
 
Ada pula kopitiam pandai menambat hati pengunjungnya dengan memutar lagu-lagu klasik sambil kopi-kopi dan makan samada berseorangan atau dengan rakan mahu pun keluarga. Baru-baru lepas, Linz sempat mengunjungi sebuah kopitiam yang baru dibuka di tengah-tengah pusat bandar Sandakan.
 
 
Inilah yang Linz hendak kongsi dan war-warkan kepada semua pembaca yang budiman ... kedai kopi ini dikenali sebagai San Da Gen Kopitiam yang terletak di bawah Hotel Nak, kalau nak pergi santai-santai senang saja kerana kedudukannya strategi berada di tengah bandar.
 
Seperkara yang menarik keadaan di dalam kopitiam memang tip top menawarkan suasana rileks sambil mengimbau zaman-zaman suatu ketika dahulu.
 
 
Linz yang datang kopi-kopi sambil makan kuih dorang bilang 'Kuih Apollo' terhibur seketika dengan lagu-lagu klasik yang dimainkan.
 
Rupanya lagu klasik itu dimainkan di piring hitam menggunakan radio dulu-dulu yang masih disimpan dengan baik oleh keluarga pemilik San Da Gen Kopitiam ini.
 
 
Apa lagi Linz pun tidak melepaskan peluang terus mengambil gambar kerana jarang sekali dapat melihat alat radio yang memainkan piring hitam.
 
Kepada warga Sandakan jangan lupa bolehlah berkunjung ke kopitiam yang menyediakan pelbagai menu makanan yang sedap sambil merasai suasana klasik di zaman dulu-dulu.
 
 
 
 
San Da Gen Kopitiam juga turut menyediakan bahan bacaan di satu rak yang memberikan peluang kepada pengunjung mendapatkan buku kesukaan mereka termasuk bolehlah mendapatkan info yang berkaitan pelancongan di Sabah.
 
Kopitiam ini dibuka seawal pagi hingga petang dan pengunjungnya tidak pernah putus sejak dibuka lagi.
 

3 comments:

  1. Mengambalikan zaman silam.... Indahnya

    ReplyDelete
  2. Seolah-olah tahun 1920-an kalau datang ke kopitiam San Da Gen .. hehe

    ReplyDelete
  3. kopitiam adalah restoren yang sungguh beraroma tinggi...

    datang lah ke kopitiam sandakan... kenangan terindah

    ReplyDelete