Selamat Datang Ke Blog Mangan Mangan With Linz.

Tag Line

Semuanya Pasal Makanan... Sedap Bah !!!

Sedap Bah !!! Dorang Bilang...




Sunday, May 15, 2016

Ais Krim Kelapa Muda

 
 
Air kelapa muda yang terkenal sebagai minuman menghilangkan dahaga nampaknya sudah begitu komersil apabila semakin ramai peniaga mencungkil rahsia di sebalik keenakan kelapa.
 
Mungkin di merata negara bukannya baru, namun aiskrim kelapa yang pelbagai rasa ini sudah terkenal di Semenanjung dengan deretan gerai bergerak yang menjual aiskrim kelapa muda yang dihiasi bermacam tarikan itu.
 
Tidak hairan aiskrim kelapa telah berkembang sehingga ke negeri ini yang memberi peluang untuk peniaga tempatan mencuba potensi aiskrim kelapa yang sudah pasti mendapat sambutan kerana ramai juga penggemar kelapa muda apatah lagi menjadi menu aiskrim.
 
 
 
Petang Sabtu lepas, Linz bersama editor Blog Mangan-Mangan telah mencuba aiskrim kelapa yang turut dijual di Pasar Malam Mingguan Kim Fung, Batu 4.
 
 
 
 
 
Sambutan gerai yang menjual aiskrim kelapa ini, memang tip top dengan orang ramai yang beratur panjang semata mata untuk merasai kelazatan aiskrim kelapa muda.
 
 
 
Boleh dikatakan setiap minggu gerai yang menjual aiskrim ini iaitu Swadi Cup Street Dessert memang penuh sesak sehingga tak menang tangan pemilik gerai. Aiskrim kelapa muda yang dijual di gerai berkenaan terdapat dalam tiga rasa menu utamanya, harganya pula berpatutan RM5.50 bagi satu buah aiskrim kelapa.
 
 
 
Apa tunggu lagi, bagi yang gemar atau belum merasai keenakan aiskrim kelapa bolehlah mengunjungi gerai Swadi Cup Street Dessert yang terletak di tengah-tengah pasar mingguan tersebut.
 
Memang sedap, pasti nak lagi tau.. Linz sudah mencubah bah.. Memang mantap (Y) (Y)

5 comments: