![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjUf9dvLtQajDU9Q_MmjVfc6hM1ZfM9diIaotbl8FeZX3JE76lKc0JiNL5u-ihEYDWgIIXAdGTY4cqCtro7tJmF5q4qY2Rh33D5dAAVbZuh82Zd_XZoGD7Yc9tdhq5rXrs77opXrnHsAs8/s640/16650280_1863568187193017_2125636322_n.jpg)
Linz nak bagi 4 Bintang kepada Lanun Cafe yang terletak di Bandar IJM ini kerana keliling bandar Sandakan saya pergi, rasanya cafe ini yang terbaik kerana lain daripada yang lain suasananya. Berkonsepkan lanun, inilah kelainan kepada cafe yang pastinya membuat sesiapa saja teruja apabila dapat digambarkan seolah-olah kita berada di dalam kapal lanun ... setiap sudut cafe ala-ala lanun semuanya sampai kepada menu sekali, nasib baik pelayan cafe tidak mengenakan pakaian lanun yang tentu sekali melengkap pelayaran di laut ... hehehe bergurau.
Linz memuji owner cafe yang begitu kreatif apabila berjaya membuka sebuah tempat minum mampu menjadi tarikan kepada pengunjung nanti, menu-menu disediakan pula memang tip top maka tidak hairan ramai yang berselfie dengan minuman yang dipesan comel-comel belaka tapi 'Sedap Dorang Bilang'. Kepada anda yang belum datang ke Lanun Cafe, pergilah berkunjung untuk santai-santai merasai suasana lanun sambil mencuba minuman dan makanan yang special buat pengunjung yang datang bersama rakan atau pun keluarga #ManganMangan
Pirates Of The Carrabean
ReplyDeleteNak minum2 sini
Mangan-Mangan With Linz
ReplyDeletesaya pun nak makan jugak
ReplyDelete