Selamat Datang Ke Blog Mangan Mangan With Linz.

Tag Line

Semuanya Pasal Makanan... Sedap Bah !!!

Sedap Bah !!! Dorang Bilang...




Monday, May 30, 2016

Nasi Ayam CP dan Air Kelapa Muda Segar jadi pilihan Linz semasa bertandang ke bandaraya Kota Kinabalu


Kata orang, tidak lengkap sekiranya mengetahui banyak makanan yang enak dan sedap-sedap belaka apabila berkunjung ke satu tempat tetapi tidak mencubanya pasti tidak menarik kunjungan itu.

Samada di dalam negeri mahu pun luar negara, makanan yang popular di kalangan pengunjung perlu dicuba agar kita dapat merasai makanan yang mungkin ada kelainan tersendiri.

Mungkin kalau Linz menonjolkan nasi ayam, pembaca yang budiman mesti berpendapat "Alaa ... biasa laa Linz, di Sandakan pun banyak".


Hehehe .. memang pun banyak menu nasi ayam malahan di Malaysia tidak dinafikan begitu banyak kerana sudah sinonim dengan citarasa masyarakat kita selama ini.

Sebut nasi ayam memang berlambak ada bukan sahaja di kedai makan atau restoran bahkan warung-warung juga menghidangkan nasi ayam yang sedap.

Cumanya, Linz ingin promosi sikit Nasi Ayam CP yang dijual di sebuah restoran terletak tingkat bawah pusat membeli belah Centre Points di bandaraya Kota Kinabalu.

Nasi Ayam CP ini memang sedap dan tidak tahu apa rahsia pemiliknya sampaikan tidak menang tangan pekerjanya. Linz, kalau bertandang ke Kota Kinabalu pasti ke restoran ini semata mata untuk merasai keenakan Nasi Ayam CP.


Dijual dengan harga RM3.90 kalau tak silap saya, Nasi Ayam CP memang ramai pengunjung setianya setiap hari. Tengok saja ruang restorannya, ramai pengunjung yang datang untuk merasai Nasi Ayam CP yang tip top.

Seperkara yang menarik, pekerja di restoran berkenaan juga memainkan peranan sehingga pengunjung tidak putus-putus. Pekerja rajin dan pantas melayan pengunjung, belum sempat duduk sudah bertanyakan order ... ini baru layanan first class!

Diceritakan, Linz baru balik dari Kota Kinabalu kerana ada urusan sehari saja tidak lama. You all tahu, Linz sempat singgah di Restoran Nasi Ayam CP, Centre Points.




Linz asal datang KK mesti datang ke situ untuk makan nasi ayam yang lain daripada lain ditambah lagi kuah sup menambah kelazatannya. Satu lagi, Linz juga sempat minum air kelapa muda segar di pasar buah-buahan yang terletak berhadapan sebuah hotel bertaraf lima bintang.


Kepada anda yang pergi ke Kota Kinabalu, jangan lupa merasai kesegaran air kelapa muda segar di sepanjang deretan pasar tersebut. Air kelapa muda segar dijual antara RM3 dan RM3.50 ... masa Linz meminum air kelapa, kelihatan juga ramai pelancong luar negara yang tidak melepaskan peluang mereka untuk merasai kesegaran air kelapa muda segar bagi menghilangkan dahaga.


10 comments:

  1. Saya baca pun dah sedap... Nyum

    ReplyDelete
  2. Linz nak buat blog ni like food and travel ...

    ReplyDelete
  3. Linz nak buat blog ni like food and travel ...

    ReplyDelete
  4. Air kelapa itue sedap tak? Mahal ker?

    ReplyDelete
  5. Nasi ayam cp ada jual ngau chap..halal & sedap..mesti cuba..

    ReplyDelete
  6. Nasi ayam Cp dr dulu mg sedap hihi

    ReplyDelete
  7. sokong ya blog travel and food ni ...

    ReplyDelete
  8. Support. Nampak sedap nasi ayam tu. Kalau ke sana akan cuba.

    ReplyDelete
  9. Terima share nama kedai...ada rezeki boleh singgah

    ReplyDelete