Selamat Datang Ke Blog Mangan Mangan With Linz.

Tag Line

Semuanya Pasal Makanan... Sedap Bah !!!

Sedap Bah !!! Dorang Bilang...




Monday, January 30, 2017

Pasar Karamunting di Bandar Nam Tung, Tanah Merah kini menjadi tumpuan ramai

Kemeriahan di Pasar Karamunting Bandar Nam Tung, Tanah Merah pada awal pagi tadi begitu menarik kerana gerai-gerai yang menyediakan pelbagai makanan untuk bersarapan pagi dipenuhi orang ramai lebih-lebih lagi menjelangnya sambutan perayaan Tahun Baru Cina yang akan dirai esok .... sejak mula dibuka, pasar ini menjadi tarikan kepada orang ramai untuk makan dan minum atau membeli apa-apa saja keperluan kerana keadaannya yang lebih selesa dan luas sekali gus memudahkan mereka yang ingin berkunjung dari satu gerai ke gerai yang lain ... usaha dan inisiatif menaiktaraf pasar di Tanah Merah ini disambut baik kerana ciri-ciri pasar yang moden dan memberikan keselesaan kepada sesiapa saja terutama yang berkereta memang banyak lot-lot parking disediakan ... maka tidak hairanlah, kalau kita lihat seawal pagi ramai pengunjung yang datang membeli ikan-ikan segar selain bersarapan pagi kerana makanan yang dijual 'Sedap Dorang Bilang' #ManganMangan
 

3 comments:

  1. Di mana nam tung????? Masih ada??

    ReplyDelete
  2. ada baa ... pasar karamunting di bandar namtung, tanah merah sebelah bekas pawagam

    ReplyDelete
  3. Bh nt klu ad msa p sdk sy n family akn singgah jg kat sna..

    ReplyDelete