Entri kali ini lebih tip top kerana Linz menampilkan selebriti yang punya aura dan boleh pergi jauh siapa lagi kalau bukan Wawa El_Daimond dari bandaraya Kota Kinabalu.
Selebriti yang cantik jelita dan tinggi lampai ini berkongsi dengan Blog Mangan-Mangan semasa mengunjungi sebuah restoran yang sedang viral di ibu negeri.
Wawa berkunjung ke Restoran Zaara Crab yang terletak di Alam Mesra berhadapan 1Borneo. Restoran ini mesti dikunjungi kalau kita datang ke Kota Kinabalu kerana keadaannya yang selesa dan nampak eksklusif bertemakan warna purple, penghawa dingin bagi ruangan dalam serta tempat terbuka di luar.
Ia menghidang sajian makanan laut seperti kerang bakar, sotong goreng tepung, udang masak lemak cili padi dan pelbagai lagi memang berbaloi dengan harga yang begitu berpatutan.
Harga makanan sekitar RM 19.90 bagi buffet siang dengan percuma air limau / free floor. Malam pula, set hidangan terdapat dalam sekitar RM40 - RM150 mengikut set yang dipilih.
Bah ... kalau anda datang berkunjung ke Kota Kinabalu jangan lupa singgah makan di Zaara Crab yang menghidangkan makanan seafood yang sedap dan menyelerakan , pasti nak datang lagi!
wowwwwww..... purple restaurant...... di alam mesra ka?
ReplyDeletesaya nak datang!
ReplyDeletecantik...... nak rasa makanan wawa el diamond ..... mesti sedap niiiii
ReplyDeleteYa di alam mesra
ReplyDeleteTerima kasih abg linz ku....
ReplyDeleteaku lihat gambar inipun aku dah lapar... apa lagi makan.... nyummmmmm... sedapnya....
ReplyDeleteok wawa ku .. nanti datang kk cuba kita ke zaara crab
ReplyDeleteBlog Travel and Food
ReplyDeleteSedap ni time buka posa .. hehe
ReplyDeleteBuffet atau ala thai ye
ReplyDelete