Selamat Datang Ke Blog Mangan Mangan With Linz.

Tag Line

Semuanya Pasal Makanan... Sedap Bah !!!

Sedap Bah !!! Dorang Bilang...




Wednesday, August 17, 2016

Pelbagai menu menyelerakan dihidangkan di Restoran Kari Kepala Ikan (Kki) IJM

 
Bagi anda yang gemar dan suka makan kari kepala ikan apa kata berkunjung ke bandar eksklusif di IJM Batu 6 kerana terdapat sebuah restoran yang menyajikan menu istimewa itu.

Terletak di Jalan Dataran BU 2, IJM Baru ini pastinya anda akan terserempak dengan Restoran Kari Kepala Ikan atau Kki yang terletak di bangunan tepi jalan tidak jauh dari padang ragbi. Kalau rasa-rasa nak mencuba menu kari kepala ikan apa kata singgah sekejap untuk merasai menu samada bersama rakan atau pun keluarga.


Memang sedap tak terkata kari kepala ikannya sekali mencuba pasti nak datang lagi lebih-lebih waktu makan tengahari inilah masa untuk berkunjung ke Kki. Yang menariknya pula, restoran ini turut menghidangkan pelbagai hidangan yang menyelerakan dan sedap-sedap belaka seperti sup tulang, sup ikan, tom yam, roti canai dan buffet serta bermacam-macam lagi.


Minuman yang pelbagai perisa termasuk jus buah-buahan sehinggalah kepada air kelapa muda pasti menambat hati pengunjung apabila datang ke Restoran Kki yang luas serta sesuai juga untuk mereka yang suka bersantai dengan rakan sambil kopi-kopi dorang bilang.

Memang sesuai sekali untuk dikunjungi kerana kedudukan restoran yang strategik selain ruang letak kereta ada di mana mana. Admin sempat berkunjung ke Restoran Kki baru-baru ini dan mendapati memang tip top kari kepala ikannya sampai rakan di sebelah menjilat jari pula tu.


Jangan lupa ya datang berkunjung ke Restoran Kki yang dibuka seawal pagi hingga larut malam. Sambil bersantai dan menikmati hidangan menu kari kepala ikan, pengunjung yang datang pada sebelah malam juga akan dihiburkan dengan persembahan "Live Busking" sambil menghirup udara segar di malam hari.