Selamat Datang Ke Blog Mangan Mangan With Linz.

Tag Line

Semuanya Pasal Makanan... Sedap Bah !!!

Sedap Bah !!! Dorang Bilang...




Monday, May 29, 2017

Bazar Ramadhan Sandakan Meriah Dengan Pelbagai Juadah Berbuka Puasa..

 
 
Bazar Ramadhan yang kini dibuka telah menggamit pengunjung warga Sandakan untuk datang membeli belah Juadah Makanan untuk berbuka Puasa.
 
Sayap Ayam menggamit selera pengunjung
 
 Tidak ketinggalan juadan pelbagai Mee Goreng : Mee Halus, Mee Kasar, Mee Papan dan sebagainya
 
Ayam Golek yang sungguh sedap dan mendamaikan jiwa jiwa yang lapar..
 
 Nasi Kuning Ayam Goreng bagaikan di dalam Restoran 5 Bintang
 
 Ikan Bakar yang menanti pengunjung bagaikan berada di Pasar Sim Sim yang Famous dengan Ikan Bakarnya.. wow
 
 Kuih Muih Juadah tidak ketinggalan memeriahkan Bazar Ramadhan kali ini
 
 Karipap dan Popia goreng yang menggamit selera
 
 Martabak Jawa yang pastinya dibeli oleh setiap pengunjung terutamanya saya.. hehe..
 
 Lepas dari solat Asarpun, Bazar Ramadhan dikunjungi oleh warga Sandakan
 


Cendol Santan Gula Bakar dan Intan Fried Chicken tarikan di Bazar Ramadhan Pusat Bandar Sandakan

 
 
 
 
 
 
Bazar Ramadhan di pusat bandar Sandakan kembali memeriahkan kedatangan bulan puasa yang penuh berkat dengan pelbagai juadah untuk keperluan berbuka boleh didapati di situ. Selain lokasinya yang sangat strategik terletak di Jalan Pantai 1, bazar ini memang terkenal di kalangan warga Sandakan terutamanya masyarakat Islam sejak mula-mula dibuka lagi kerana juadah beraneka jenis memudahkan pengunjung membuat pilihan.
 
 
Kepada penggemar nasi kuning istimewa, ikan bakar, ayam golek, sayap ayam, martabak jawa, coto, bakso dan kuih-muih tempatan bolehlah berkunjung ke bazar seawal jam 1 tengahari sehingga waktu berbuka puasa. Tinjauan petang Sabtu lalu di mana umat Islam mulai berpuasa di 1 Ramadhan mendapati seperti biasa peniaga memulakan perniagaan mereka di bazar dengan menyediakan bermacam-macam juadah berbuka sepanjang sebulan ini. Selain juadah makanan yang dijual, air minuman seperti air tebu, air kelapa muda dan air pelbagai perisa turut menarik perhatian pengunjung.
 
 
Juga menjadi tarikan kepada bazar ini apabila terdapat peniaga yang menjual 'Cendol Santan Gula Bakar' pastinya menjadi pilihan untuk berbuka nanti. Cendol ini dijangka laris jualannya kerana rasa cendol yang sedap melengkapkan menu hidangan berbuka puasa. Di salah satu lot gerai, terdapat sebuah bazar yang menjual ayam goreng istimewa dikenali sebagai 'Intan Fried Chicken' dan tidak asing kepada pengunjung setia bazar pusat bandar itu.
 
 
Peniaganya, Haji Ikram memberitahu dia sudah mula berjualan di situ sejak tahun 2006 lagi dan sambutan orang ramai amat baik. "Syukur alhamdullah, hidangan ayam goreng istimewa iaitu 'Intan Fried Chicken' sentiasa menjadi pilihan pengunjung untuk berbuka puasa. "Sekurang-kurangnya dapat juga menambah pendapatan keluarga di hari baik dan bulan baik ini walaupun ketiadaan isteri yang sudah pergi buat selama-lamanya namun saya tetap teruskan perniagaan yang diwarisi ini dengan dibantu anak-anak," katanya semasa ditemui di lot bazar beliau. - Sumber New Sabah Times