Selamat Datang Ke Blog Mangan Mangan With Linz.

Tag Line

Semuanya Pasal Makanan... Sedap Bah !!!

Sedap Bah !!! Dorang Bilang...




Monday, November 21, 2016

Laksa Sarawak menjadi pilihan Linz, memang sedap dorang bilang

 
Entri kali ini ingin berkongsi di mana Linz baru-baru ni telah berkunjung ke bandaraya Kuching, Sarawak. Memang tip top kalau kita berkunjung ke bandaraya yang luas serta bersih ini kerana tidak kurang hebatnya dari segi makanan yang sedap-sedap belaka.
 
Apa lagi, sampai saja di Kuching terus mencuba makanan Laksa Sarawak kerana dorang bila memang tidak sah kalau tidak merasainya sendiri. Memang sedap sekali, Linz dua kali makan Laksa Sarawak kira macam soto rasanya cuma ia bercampur mi laksa dan ayam  ...
 
 
korang jangan lupa,  kalau datang ke bandaraya Kuching janganlah lupa merasai keenakan Laksa Sarawak, banyak juga makanan-makanan sedap di bandaraya ini cumanya perlu lama sikit baru dapat round semua tempat-tempat makanan yang popular.
 
 
 
Di ceritakan, rupa-rupanya bandaraya Kuching ini masih menyimpan sepeninggalan masa lampau untuk dikongsi bersama para pengunjung, Linz sempat mengunjungi India Street dan China Town yang bangunannya sangat lama dan begitu bersejarah, berjalan di India Street teringat terus Masjid Jamek di KL  ... begitu juga dengan China Town yang turut menggamit tumpuan membuat Linz terpegun menyaksikan bangunan-bangunan lama yang sangat nostalgia masih berdiri kukuh.
 
 
 
Linz turut berkunjung ke Kuching Waterfront yang di sebelahnya sungai memukau mata memandang dengan keindahan lebih-lebih lagi kalau masa petang, Linz menyusuri karidor waterfront sambil merakamkan kenangan terindah. Untuk melengkap kunjungan, Linz turut bergambar di tugu kuching yang menjadi mercu tanda sejak sekian lama. Linz berada di bandaraya ini bersama keluarga sempena majlis konvokesyen anak buah di Unimas, Kota Samarahan, Kuching Sarawak baru-baru lepas











Wednesday, November 16, 2016

Restoran Haji Tamrin Kini Di Sandakan



 
Restoran Hj Tamrin Kini Di Sandakan
  

 
Batu 4 : Bandar Indah Sandakan

Restoran yang popular di bandar Tawau, Restoran Haji Tamrin kini membuka cawangannya di Sandakan dan yang pasti pengunjung akan dapat menikmati menu hidangan terbaik dari restoran ini. Terletak di Bandar Indah, Batu 4 Jalan Utara restoran sudah mula dibuka sejak 1 November yang lalu. Antara menu istimewa yang mesti dicuba adalah nasi kunin ikan, nasi kuning ayam, nasi kuning rendang dan beraneka jenis lauk yang sedap-sedap belaka. Restoran Haji Tamrin juga menyediakan hidangan menyelerakan seperti mi tauhu Tawau, soto banjar, sup tulang, nasi ayam penyet, nasi lalap dan banyak lagi. Apa tunggu lagi, datanglah ke Restoran Haji Tamrin yang dibuka seawal pagi untuk merasai menu makanan dengan resepi yang lain daripada lain.
 
 
Mangan Mangan Di Restoran Hj Tamrin
 


Sedap : Nasi Kuning

Sunday, November 13, 2016

Mohd. Ali Rustam Ketika "Program Semarak Pendekar 1Hati 1Jiwa 1Gelanggang"



 
 
 
Mangan-Mangan ... Bekas Ketua Menteri Melaka yang kini selaku Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Pesaka Malaysia, Senator Tan Sri Haji Mohd Ali Rustam memberikan isyarat bagus semasa menikmati hidangan makanan yang istimewa di Medan Selera Tun Razak bersama-sama Yang Dipertua PSS Pesaka Sabah, Datuk Iliyas Ibrahim dan Pengerusi MAPIM Daerah Sandakan, Haji Otoh Sibik Sahak serta tetamu jemputan lain. Mohd Ali berada di Sandakan bagi menyempurnakan perasmian Program Semarak Pendekar 1Hati 1Jiwa 1Gelanggang yang telah berlangsung meriah di Dewan Serbaguna Sri Libaran, Batu 7 pada 13 November yang lalu.

Wednesday, September 7, 2016

San Da Gen Kopitiam imbau zaman silam kepada pengunjung setianya



 
 
Mengimbau suasana zaman silam memang sesuatu yang indah dan menarik kerana kehidupan pada waktu dahulu segala-galanya klasik.
 
Tidak mungkin suasana sebegitu akan berulang kembali atau kita balik ke tahun-tahun seperti 1920-an melainkan semua orang mengembalikan kegemilangan zaman silam melalui dengan bermacam cara sebagai satu kenangan yang terindah.
 
 
Oleh sebab itu, banyak kedai kopi menamakan premis mereka sebagai kopitiam untuk menarik perhatian orang ramai datang berkunjung ke situ.
 
 
 
Ini kerana, suasana di kedai kopi kopitiam memang berbeza dengan kedai-kedai lain di kopitiam pengunjung dapat merasai suasana seolah-olah berada pada masa silam.
 
 
Segala-galanya klasik apabila kita mengunjungi kopitiam selain menikmati minuman kopi yang 'kaw-kaw' dengan cawan kaca ala-ala dulu tetapi juga pengunjung berpeluang menyaksikan panorama yang begitu klasik.
 
Kerana ada pemilik kopitiam memang kreatif dengan memaparkan di setiap sudut premis dengan gambar-gambar potret dahulu kala yang mengembalikan kita kepada era zaman-zaman begitu bernostalgia sekali.
 
 
Ada pula kopitiam pandai menambat hati pengunjungnya dengan memutar lagu-lagu klasik sambil kopi-kopi dan makan samada berseorangan atau dengan rakan mahu pun keluarga. Baru-baru lepas, Linz sempat mengunjungi sebuah kopitiam yang baru dibuka di tengah-tengah pusat bandar Sandakan.
 
 
Inilah yang Linz hendak kongsi dan war-warkan kepada semua pembaca yang budiman ... kedai kopi ini dikenali sebagai San Da Gen Kopitiam yang terletak di bawah Hotel Nak, kalau nak pergi santai-santai senang saja kerana kedudukannya strategi berada di tengah bandar.
 
Seperkara yang menarik keadaan di dalam kopitiam memang tip top menawarkan suasana rileks sambil mengimbau zaman-zaman suatu ketika dahulu.
 
 
Linz yang datang kopi-kopi sambil makan kuih dorang bilang 'Kuih Apollo' terhibur seketika dengan lagu-lagu klasik yang dimainkan.
 
Rupanya lagu klasik itu dimainkan di piring hitam menggunakan radio dulu-dulu yang masih disimpan dengan baik oleh keluarga pemilik San Da Gen Kopitiam ini.
 
 
Apa lagi Linz pun tidak melepaskan peluang terus mengambil gambar kerana jarang sekali dapat melihat alat radio yang memainkan piring hitam.
 
Kepada warga Sandakan jangan lupa bolehlah berkunjung ke kopitiam yang menyediakan pelbagai menu makanan yang sedap sambil merasai suasana klasik di zaman dulu-dulu.
 
 
 
 
San Da Gen Kopitiam juga turut menyediakan bahan bacaan di satu rak yang memberikan peluang kepada pengunjung mendapatkan buku kesukaan mereka termasuk bolehlah mendapatkan info yang berkaitan pelancongan di Sabah.
 
Kopitiam ini dibuka seawal pagi hingga petang dan pengunjungnya tidak pernah putus sejak dibuka lagi.
 

Wednesday, August 17, 2016

Pelbagai menu menyelerakan dihidangkan di Restoran Kari Kepala Ikan (Kki) IJM

 
Bagi anda yang gemar dan suka makan kari kepala ikan apa kata berkunjung ke bandar eksklusif di IJM Batu 6 kerana terdapat sebuah restoran yang menyajikan menu istimewa itu.

Terletak di Jalan Dataran BU 2, IJM Baru ini pastinya anda akan terserempak dengan Restoran Kari Kepala Ikan atau Kki yang terletak di bangunan tepi jalan tidak jauh dari padang ragbi. Kalau rasa-rasa nak mencuba menu kari kepala ikan apa kata singgah sekejap untuk merasai menu samada bersama rakan atau pun keluarga.


Memang sedap tak terkata kari kepala ikannya sekali mencuba pasti nak datang lagi lebih-lebih waktu makan tengahari inilah masa untuk berkunjung ke Kki. Yang menariknya pula, restoran ini turut menghidangkan pelbagai hidangan yang menyelerakan dan sedap-sedap belaka seperti sup tulang, sup ikan, tom yam, roti canai dan buffet serta bermacam-macam lagi.


Minuman yang pelbagai perisa termasuk jus buah-buahan sehinggalah kepada air kelapa muda pasti menambat hati pengunjung apabila datang ke Restoran Kki yang luas serta sesuai juga untuk mereka yang suka bersantai dengan rakan sambil kopi-kopi dorang bilang.

Memang sesuai sekali untuk dikunjungi kerana kedudukan restoran yang strategik selain ruang letak kereta ada di mana mana. Admin sempat berkunjung ke Restoran Kki baru-baru ini dan mendapati memang tip top kari kepala ikannya sampai rakan di sebelah menjilat jari pula tu.


Jangan lupa ya datang berkunjung ke Restoran Kki yang dibuka seawal pagi hingga larut malam. Sambil bersantai dan menikmati hidangan menu kari kepala ikan, pengunjung yang datang pada sebelah malam juga akan dihiburkan dengan persembahan "Live Busking" sambil menghirup udara segar di malam hari.

Wednesday, July 27, 2016

Ketam Pak Hasan Semakin Popular


Sekiranya anda berkunjung ke Pasar Malam Kim Fung di Batu 4 yang diadakan setiap petang Sabtu hingga jam 10 malam, jangan lupa berkunjung ke salah satu gerai yang menjual ketam goreng.

Sudah pasti bila terbeli mesti nak lagi atau terpaksa mengambil nombor telefon bimbit si pembuat ketam untuk menghantar ke rumah gara-gara keenakan ketam yang sedap lagi rangup itu.


Itu lah penangan Ketam Pak Hassan yang semakin popular di bandar Sandakan apabila permintaan orang ramai yang ingin merasai keenakan ketam kian ramai sampai tidak menang tangan pembuatnya.

Rupa-rupanya yang membuat ketam rangup ini, kawan juga kepada Linz patut laa jarang nampak rupanya sudah berniaga ketam secara kecil-kecilan.
































Linz terserempak dengan si Hassan ini semasa berjalan-jalan di Pasar Malam Kim Fung pada Sabtu lepas, dari kejauhan lagi nampak kelibat Hassan yang terpekik mempromosikan ketamnya yang boleh dikomersilkan ke pasaran.
 

 
Apa lagi saya pun singgah di gerainya yang dipenuhi pengunjung yang lalu-lalang sambil membeli ketam yang dijual RM6 sebungkus itu.

Tabik kepada si Hassan ini yang dapat membuat kelainan menjual ketam rangupnya, resepi memang lain daripada yang lain pasti sampai menjilat jari apabila memakan Ketam Pak Hassan kira macam KFC laa katakan hehehe.

Saya pun sempat membawa pulang dua bungkus ketam untuk di makan bersama keluarga yang memang penggemar ketam.


Malahan, sewaktu di gerai Hassan ada juga rakan-rakan yang singgah membeli seperti saudara Abdul Hamid Sabal dan saudara Sharif.

Apalagi, Hamid terus mengajak ke restoran mamak yang berhampiran untuk makan terus Ketam Pak Hassan ini.

Memang sedap tak terkata sampai habis pula dikerjakan ketam yang digoreng rangup lagi garing ini.

"Sebetulnya lama sudah saya berniaga ketam rangup ini dan saya mempunyai pelanggan setia termasuk di hospital.

"Selalunya saya hantar kepada pelanggan yang ada menempah awal melalui telefon," kata Hassan.

Ditanya mengenai resepinya, Hassan berkata ada lima resepi pada ketam dan biarlah rahsia.

Ketika berbual-bual dengan beliau sambil melahap ketam, kami sempat mengusik Hassan agar jualan ketamnya dinamakan sebagai Ketam Pak Hassan.

"Percaya laa San, ketam mu akan popular dan boleh dikomersilkan ke peringkat pasaran yang lebih luas sekali gus dikenali sebagai Ketam Pak Hassan," kata Hamid bergurau.

 
Sedap.. Cubalah rasa kelainannya..





Tuesday, July 26, 2016

Restoren "Selera Nusantara" Menggamit Memori

 Restoren Selera Nusantara
 
Bertempat di Bandar Megah berdekatan dengan Masjid Datuk Pangeran Galpam, terletaknya satu  "Exclusive Restaurant" kepada pengemar makanan makanan beridentitikan Nusantara. Iaitulah Restoren Selera Nusantara.
 
Kedudukannya yang strategik telah membuatkan Restaurant ini dikunjungi oleh orang ramai termasuk daripada pelancong pelancong luar Sandakan.

 
 
Makanan yang disajikan berunsurkan alam nusantara iaitu Nasi Ayam Bakar, Nasi Ayam Penyet, Coto Makassar, Bakso Nusantara, Ikan Bakar ala-Melayu dan sebagainya.
 
 
 
Kelihatan Emang Da Galileo Tengah Menikmati Teh Tarik Halia Yang Sungguh Beraroma Tinggi
 
 
Sarani Da Sauza Kelihatan Menikmati Air Bandung Pink Sejuk Memberikan Impak Yang Tenang Kepada Badan.
 
 
Kepada pengunjung atau pelancong dari luar Sandakan, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke Restoren ini untuk menikmati masakan alam melayu Nusantara.
 
Salam Nusantara Untuk Semua.. :-)
 
 

Thursday, July 14, 2016

Mangan Mangan : Selamat Hari Raya

Salam Aidilfitri..
 
Pejam celik pejam celik kita tak sedar bulan Ramadan yang penuh kemuliaan telah berlalu pergi dan tiba pulak 1Syawal Aidilfitri yang akan disambut untuk meraikan kemenangan setelah berpuasa selama sebulan.

Semoga di bulan mulia ini kita diberikan keberkatan serta yang paling penting tidak melupakan golongan yang kurang bernasib baik.
 
 
Oh ya, entri istimewa ini saja nak maklum pembaca yang budiman sepanjang puasa nampaknya Blog Mangan-Mangan rileks sikit tidak banyak artikel yang berkaitan makanan kerana menghormati Ramadan al -Mubarak di samping admin sibuk dengan kerja wartawan sampaikan tidak kesempatan nak update boot.

Cumanya pada awal Ramadan yang lalu, admin ada menyediakan artikel berbentuk tinjauan di Bazar Ramadan Bandar Sandakan yang dikongsi dari akhbar tempat admin bertugas.




Pembaca yang sentiasa follow blog, jangan risau admin akan kembali menceriakan Blog Mangan-Mangan With Linz ini selepas Hari Raya Aidilfitri dengan memaparkan beberapa restoran, kedai makan mahu pun warung di sekitar bandar Sandakan agar memudahkan bagi mereka yang ingin berkunjung ke tempat-tempat makan yang wajar dikunjungi nanti.

Admin nak bagi ucapan raya ni ... Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada pembaca semua .. andai ada salah silap dan terkasar tutur bahasa harap dimaafkan sebagai insan biasa ini kita tak terlepas dari sebarang kesilapan.

Kalau ada kelapangan bolehlah datang ke rumah admin di Kg Bokara, makan lemang dan rendang hehehe .. #KOSONG-KOSONG