Entri kali ini ingin berkongsi di mana Linz baru-baru ni telah berkunjung ke bandaraya Kuching, Sarawak. Memang tip top kalau kita berkunjung ke bandaraya yang luas serta bersih ini kerana tidak kurang hebatnya dari segi makanan yang sedap-sedap belaka.
Apa lagi, sampai saja di Kuching terus mencuba makanan Laksa Sarawak kerana dorang bila memang tidak sah kalau tidak merasainya sendiri. Memang sedap sekali, Linz dua kali makan Laksa Sarawak kira macam soto rasanya cuma ia bercampur mi laksa dan ayam ...
korang jangan lupa, kalau datang ke bandaraya Kuching janganlah lupa merasai keenakan Laksa Sarawak, banyak juga makanan-makanan sedap di bandaraya ini cumanya perlu lama sikit baru dapat round semua tempat-tempat makanan yang popular.
Di ceritakan, rupa-rupanya bandaraya Kuching ini masih menyimpan sepeninggalan masa lampau untuk dikongsi bersama para pengunjung, Linz sempat mengunjungi India Street dan China Town yang bangunannya sangat lama dan begitu bersejarah, berjalan di India Street teringat terus Masjid Jamek di KL ... begitu juga dengan China Town yang turut menggamit tumpuan membuat Linz terpegun menyaksikan bangunan-bangunan lama yang sangat nostalgia masih berdiri kukuh.
Linz turut berkunjung ke Kuching Waterfront yang di sebelahnya sungai memukau mata memandang dengan keindahan lebih-lebih lagi kalau masa petang, Linz menyusuri karidor waterfront sambil merakamkan kenangan terindah. Untuk melengkap kunjungan, Linz turut bergambar di tugu kuching yang menjadi mercu tanda sejak sekian lama. Linz berada di bandaraya ini bersama keluarga sempena majlis konvokesyen anak buah di Unimas, Kota Samarahan, Kuching Sarawak baru-baru lepas
untung.......
ReplyDeleteLAKSA SARAWAK.. jenama sarawak.....
pandai you
tak ajak pun pg sarawak... i nak pergi sarawakkkkk
ReplyDeletesedapnya laksaaaaa sarwak.. best.....
ReplyDelete