Selamat Datang Ke Blog Mangan Mangan With Linz.

Tag Line

Semuanya Pasal Makanan... Sedap Bah !!!

Sedap Bah !!! Dorang Bilang...




Monday, May 30, 2016

Nasi Ayam CP dan Air Kelapa Muda Segar jadi pilihan Linz semasa bertandang ke bandaraya Kota Kinabalu


Kata orang, tidak lengkap sekiranya mengetahui banyak makanan yang enak dan sedap-sedap belaka apabila berkunjung ke satu tempat tetapi tidak mencubanya pasti tidak menarik kunjungan itu.

Samada di dalam negeri mahu pun luar negara, makanan yang popular di kalangan pengunjung perlu dicuba agar kita dapat merasai makanan yang mungkin ada kelainan tersendiri.

Mungkin kalau Linz menonjolkan nasi ayam, pembaca yang budiman mesti berpendapat "Alaa ... biasa laa Linz, di Sandakan pun banyak".


Hehehe .. memang pun banyak menu nasi ayam malahan di Malaysia tidak dinafikan begitu banyak kerana sudah sinonim dengan citarasa masyarakat kita selama ini.

Sebut nasi ayam memang berlambak ada bukan sahaja di kedai makan atau restoran bahkan warung-warung juga menghidangkan nasi ayam yang sedap.

Cumanya, Linz ingin promosi sikit Nasi Ayam CP yang dijual di sebuah restoran terletak tingkat bawah pusat membeli belah Centre Points di bandaraya Kota Kinabalu.

Nasi Ayam CP ini memang sedap dan tidak tahu apa rahsia pemiliknya sampaikan tidak menang tangan pekerjanya. Linz, kalau bertandang ke Kota Kinabalu pasti ke restoran ini semata mata untuk merasai keenakan Nasi Ayam CP.


Dijual dengan harga RM3.90 kalau tak silap saya, Nasi Ayam CP memang ramai pengunjung setianya setiap hari. Tengok saja ruang restorannya, ramai pengunjung yang datang untuk merasai Nasi Ayam CP yang tip top.

Seperkara yang menarik, pekerja di restoran berkenaan juga memainkan peranan sehingga pengunjung tidak putus-putus. Pekerja rajin dan pantas melayan pengunjung, belum sempat duduk sudah bertanyakan order ... ini baru layanan first class!

Diceritakan, Linz baru balik dari Kota Kinabalu kerana ada urusan sehari saja tidak lama. You all tahu, Linz sempat singgah di Restoran Nasi Ayam CP, Centre Points.




Linz asal datang KK mesti datang ke situ untuk makan nasi ayam yang lain daripada lain ditambah lagi kuah sup menambah kelazatannya. Satu lagi, Linz juga sempat minum air kelapa muda segar di pasar buah-buahan yang terletak berhadapan sebuah hotel bertaraf lima bintang.


Kepada anda yang pergi ke Kota Kinabalu, jangan lupa merasai kesegaran air kelapa muda segar di sepanjang deretan pasar tersebut. Air kelapa muda segar dijual antara RM3 dan RM3.50 ... masa Linz meminum air kelapa, kelihatan juga ramai pelancong luar negara yang tidak melepaskan peluang mereka untuk merasai kesegaran air kelapa muda segar bagi menghilangkan dahaga.


Saturday, May 28, 2016

1 Malaysia Bazaar Sungkai Ramadhan di Four Points By Sheraton Sandakan

 
Menyambut kedatangan bulan suci Ramadhan al-Mubarak yang bakal tiba, Four Points by Sheraton Sandakan akan menyajikan pelbagai masakan etnik Malaysia untuk berbuka puasa nanti.
 
Dengan pandangan yang menakjubkan untuk melihat matahari terbenam dari The Eatery, Tingkat 13 pastinya pengunjung yang datang untuk berbuka akan melalui pengalaman indah bersama rakan mahu pun keluarga dengan hidangan kegemaran yang menyelerakan.
 
 
 
 Bertemakan 1 Malaysia Bazaar Sungkai Ramadhan, pihak hotel melengkapi selera berbuka dengan pemilihan makanan yang sedap-sedap belaka seperti Ayam Percik Terengganu, Daging Kambing, Daging Rendang Tok, Kawah Kari Kepala Ikan dan bermacam lagi menu menambat selera.
 
 
Pihak hotel menawarkan menu hidangan berbuka puasa ini dengan harga RM90nett untuk dewasa dan RM67.50nett untuk warga emas serta kanak-kanak sepanjang Ramadhan nanti.
 
 
Bagi pengunjung yang merupakan ahli akan dapat menikmati kadar potongan harga 25 peratus sementara pihak bank juga turut menikmati diskaun.
 
Satu majlis pra-Ramadhan bersama media telah berlangsung di The Eatery, Four Points by Sheraton pada malam Jumaat lepas yang dihadiri beberapa syarikat akhbar tempatan di bandar ini.
 
 
Acara dihadiri bersama oleh Pengurus Besar, Peter Padman dengan para kakitangan ekskutif hotel seakan-akan menyerupai majlis berbuka sebenar yang akan jatuh antara 6 Jun hingga 5 Julai depan.
 
Yang pasti, mereka yang dijemput telah merasai hidangan begitu sedap yang disajikan chef-chef berpengalaman sambil menyaksikan keindahan malam dari The Eatery dan kolam renang infiniti di hotel tersebut.
 
 
Hotel yang juga menyediakan pelbagai acara untuk sektor kerajaan dan korporat turut mensasarkan antara 180 sehingga 250 tetamu pada satu-satu malam.
 
Jadi, jangan lupa berkunjung ke The Eatery yang terletak di Tingkat 13, Four Points By Sheraton untuk merasai pengalaman berbuka puasa bersama rakan atau pun keluarga kerana pihak hotel akan menghidangkan makanan kegemaran yang memenuhi citarasa masyarakat Malaysia sepanjang Ramadhan al-Mubarak ini.

Wednesday, May 18, 2016

Rancangan Best In Town di NTV7 jelajah 10 restoran

Sekitar penggambaran krew televisyen NTV7 yang telah berkunjung ke bandar Sandakan dengan menjelajah beberapa restoren terpilih untuk dimasukkan dalam Program Rancangan Best In Town di NTV7 nanti.
 
Kiranya beruntung restoran yang terlibat selain rancangan ini di hos selebriti terkenal Malaysia iaitu Thanuja tetapi rancangan ini juga dikatakan luas siarannya sekaligus membantu mempromosikan Sandakan khusunya dan Sabah amnya sebagai syurga makanan yang popular dan perlu dikunjungi.
 
Sebanyak 10 restoren yang dikunjungi oleh pihak krew NTV7 dalam penggambaran yang dibuat pada minggu lepas seperti Medan Selera Tun Razak, D' Beach Restoran Nur Bahagia, Restoren Hameed Curry House, D'Sandakan Seaafod Paradise, Restoren Ocean Seafood & Steamboat Kak Jue, Seri Raisah Restaurant & Catering, Gimsa Café & Grill dan Restoren Selera Nusantara.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sunday, May 15, 2016

Ais Krim Kelapa Muda

 
 
Air kelapa muda yang terkenal sebagai minuman menghilangkan dahaga nampaknya sudah begitu komersil apabila semakin ramai peniaga mencungkil rahsia di sebalik keenakan kelapa.
 
Mungkin di merata negara bukannya baru, namun aiskrim kelapa yang pelbagai rasa ini sudah terkenal di Semenanjung dengan deretan gerai bergerak yang menjual aiskrim kelapa muda yang dihiasi bermacam tarikan itu.
 
Tidak hairan aiskrim kelapa telah berkembang sehingga ke negeri ini yang memberi peluang untuk peniaga tempatan mencuba potensi aiskrim kelapa yang sudah pasti mendapat sambutan kerana ramai juga penggemar kelapa muda apatah lagi menjadi menu aiskrim.
 
 
 
Petang Sabtu lepas, Linz bersama editor Blog Mangan-Mangan telah mencuba aiskrim kelapa yang turut dijual di Pasar Malam Mingguan Kim Fung, Batu 4.
 
 
 
 
 
Sambutan gerai yang menjual aiskrim kelapa ini, memang tip top dengan orang ramai yang beratur panjang semata mata untuk merasai kelazatan aiskrim kelapa muda.
 
 
 
Boleh dikatakan setiap minggu gerai yang menjual aiskrim ini iaitu Swadi Cup Street Dessert memang penuh sesak sehingga tak menang tangan pemilik gerai. Aiskrim kelapa muda yang dijual di gerai berkenaan terdapat dalam tiga rasa menu utamanya, harganya pula berpatutan RM5.50 bagi satu buah aiskrim kelapa.
 
 
 
Apa tunggu lagi, bagi yang gemar atau belum merasai keenakan aiskrim kelapa bolehlah mengunjungi gerai Swadi Cup Street Dessert yang terletak di tengah-tengah pasar mingguan tersebut.
 
Memang sedap, pasti nak lagi tau.. Linz sudah mencubah bah.. Memang mantap (Y) (Y)