Selamat Datang Ke Blog Mangan Mangan With Linz.

Tag Line

Semuanya Pasal Makanan... Sedap Bah !!!

Sedap Bah !!! Dorang Bilang...




Saturday, May 28, 2016

1 Malaysia Bazaar Sungkai Ramadhan di Four Points By Sheraton Sandakan

 
Menyambut kedatangan bulan suci Ramadhan al-Mubarak yang bakal tiba, Four Points by Sheraton Sandakan akan menyajikan pelbagai masakan etnik Malaysia untuk berbuka puasa nanti.
 
Dengan pandangan yang menakjubkan untuk melihat matahari terbenam dari The Eatery, Tingkat 13 pastinya pengunjung yang datang untuk berbuka akan melalui pengalaman indah bersama rakan mahu pun keluarga dengan hidangan kegemaran yang menyelerakan.
 
 
 
 Bertemakan 1 Malaysia Bazaar Sungkai Ramadhan, pihak hotel melengkapi selera berbuka dengan pemilihan makanan yang sedap-sedap belaka seperti Ayam Percik Terengganu, Daging Kambing, Daging Rendang Tok, Kawah Kari Kepala Ikan dan bermacam lagi menu menambat selera.
 
 
Pihak hotel menawarkan menu hidangan berbuka puasa ini dengan harga RM90nett untuk dewasa dan RM67.50nett untuk warga emas serta kanak-kanak sepanjang Ramadhan nanti.
 
 
Bagi pengunjung yang merupakan ahli akan dapat menikmati kadar potongan harga 25 peratus sementara pihak bank juga turut menikmati diskaun.
 
Satu majlis pra-Ramadhan bersama media telah berlangsung di The Eatery, Four Points by Sheraton pada malam Jumaat lepas yang dihadiri beberapa syarikat akhbar tempatan di bandar ini.
 
 
Acara dihadiri bersama oleh Pengurus Besar, Peter Padman dengan para kakitangan ekskutif hotel seakan-akan menyerupai majlis berbuka sebenar yang akan jatuh antara 6 Jun hingga 5 Julai depan.
 
Yang pasti, mereka yang dijemput telah merasai hidangan begitu sedap yang disajikan chef-chef berpengalaman sambil menyaksikan keindahan malam dari The Eatery dan kolam renang infiniti di hotel tersebut.
 
 
Hotel yang juga menyediakan pelbagai acara untuk sektor kerajaan dan korporat turut mensasarkan antara 180 sehingga 250 tetamu pada satu-satu malam.
 
Jadi, jangan lupa berkunjung ke The Eatery yang terletak di Tingkat 13, Four Points By Sheraton untuk merasai pengalaman berbuka puasa bersama rakan atau pun keluarga kerana pihak hotel akan menghidangkan makanan kegemaran yang memenuhi citarasa masyarakat Malaysia sepanjang Ramadhan al-Mubarak ini.

10 comments:

  1. wow.... bestnya... sedap ni....

    Hotel Sandakan memang best..

    saya nak bawa keluarga saya

    ReplyDelete
  2. di mana??

    saya nak datang

    ReplyDelete
  3. sila datang ke HARBOUR MALL di Hotel Four Point..

    ReplyDelete
  4. Saya skrg berada di sandakan.. Bole makan shj kah?? Walaupun x stay di hotel??

    ReplyDelete
  5. Bole makan dialu2kan walau tak stay di 4Points ... restoran tu di tingkat 13, memang banyak pilihan dan sedap sepanjang bulan ramadan

    ReplyDelete
  6. Bole ba dialu2kan ... bole makan walau tak stay di 4Points, restoran terletak di tingkat 13 memang sedap dan banyak pilihan sepanjang ramadan

    ReplyDelete
  7. boleh datang ke four points sepanjang bulan puasa ..

    ReplyDelete
  8. Linz nak buat blog ni like food and travel

    ReplyDelete
  9. Hello semua .. mangan-mangan kita

    ReplyDelete