Bulan mulia, Ramadhan al - Mubarak tiba lagi. Umat Islam seluruh dunia menantikan bulan yang pastinya menjanjikan ganjaran pahala apabila menjalankan
ibadah puasa sambil beramal ibadah sebagaimana dituntut.
Yang pasti juga, kesucian bulan Ramadan ini bukan sahaja meningkatkan ketaqwaan insan kepada Allah SWT tetapi memberi peluang meningkatkan ekonomi masyarakat.
Ini kerana, seperti sedia maklum setiap kali tibanya puasa maka gerai-gerai bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan yang menjual pelbagai jenis sajian juadah berbuka puasa.
Tentu sekali peluang berniaga terbuka luas yang membolehkan sesiapa saja untuk menjalankan perniagaan bagi menambah pendapatan di sepanjang bulan yang baik ini.
Tinjauan New Sabah Times di bandar Sandakan pada hari pertama Ramadan mendapati orang ramai terutamanya umat Islam yang berpuasa sudah mulai mengunjungi beberapa bazar untuk membeli keperluan berbuka puasa.
Tidak kurang juga hebatnya Bazar Ramadan di Taman Fajar, Batu 7 apabila seawal jam 2 petang lagi sudah mulai dibanjiri para pengunjung.
Yang menarik, pelbagai menu juadah berbuka puasa dijual sekali gus menambat selera pengunjung-pengunjung yang singgah ke bazar berkenaan.
Antara menjadi tarikan utama apabila orang ramai mengunjungi Bazar Ramadan Taman Fajar ialah beberapa gerainya menarik perhatian pengunjung seperti gerai-gerai menjual minuman segar pelbagai perisa.
Apabila anda bertandang jangan lupa mengunjungi gerai yang menjual air minuman segar dengan bermacam perisanya seperti Vanilla; Chocolate; Mocha; Tiramisu; Coconut; White Coffee; Blue Ice; Durian; Peppermint dan banyak lagi.
Dalam pada itu, turut menambat selera adalah berkenaan gerai yang menjual Ikan Berempah Goreng Daun dijual antara RM5 dan RM12 mengikut saiz.
Pemilik gerai yang memasak di gerai sambil dibantu anaknya turut menjual juadah berbuka puasa iaitu Ayam Penyet, dengan harga RM6 sebungkus.
Selain Nasi Ayam, Mayonis Ayam dan Martabak Jawa Ayam / Daging serta Sardin, banyak lagi juadah berbuka puasa yang enak dan menyelerakan dijual di bazar tersebut.
Tunggu untuk artikel yang seterusnya, penulis akan mengunjungi beberapa Bazar Ramadan yang popular di bandar Sandakan sepanjang bulan puasa ini. - Sumber: New Sabah Times
yeaaaaa......
ReplyDeleteTaman Fajar tempat tinggal aku keluar blog.....
terima kasih....
saya penjual murtabak... datang laaaaaa
murtabak jawa sedapp
ReplyDeleteParking ada tak?
ReplyDeleteConfirm fajar ramai hari ni
ReplyDeleteMURTABAK ITU PALING DIMINAT...
ReplyDeleteBanyak bazar ramadhan di Sandakan yang best2 dengan juadah berbuka puasa yang sedap-sedap belaka
ReplyDeleteSandakan ker?
ReplyDeleteYes.. Bazar Ramadhan Fajar.. Selamat Datang Ke Sandakan..
ReplyDeleteSedap baa
ReplyDelete