Selamat Datang Ke Blog Mangan Mangan With Linz.

Tag Line

Semuanya Pasal Makanan... Sedap Bah !!!

Sedap Bah !!! Dorang Bilang...




Monday, November 21, 2016

Laksa Sarawak menjadi pilihan Linz, memang sedap dorang bilang

 
Entri kali ini ingin berkongsi di mana Linz baru-baru ni telah berkunjung ke bandaraya Kuching, Sarawak. Memang tip top kalau kita berkunjung ke bandaraya yang luas serta bersih ini kerana tidak kurang hebatnya dari segi makanan yang sedap-sedap belaka.
 
Apa lagi, sampai saja di Kuching terus mencuba makanan Laksa Sarawak kerana dorang bila memang tidak sah kalau tidak merasainya sendiri. Memang sedap sekali, Linz dua kali makan Laksa Sarawak kira macam soto rasanya cuma ia bercampur mi laksa dan ayam  ...
 
 
korang jangan lupa,  kalau datang ke bandaraya Kuching janganlah lupa merasai keenakan Laksa Sarawak, banyak juga makanan-makanan sedap di bandaraya ini cumanya perlu lama sikit baru dapat round semua tempat-tempat makanan yang popular.
 
 
 
Di ceritakan, rupa-rupanya bandaraya Kuching ini masih menyimpan sepeninggalan masa lampau untuk dikongsi bersama para pengunjung, Linz sempat mengunjungi India Street dan China Town yang bangunannya sangat lama dan begitu bersejarah, berjalan di India Street teringat terus Masjid Jamek di KL  ... begitu juga dengan China Town yang turut menggamit tumpuan membuat Linz terpegun menyaksikan bangunan-bangunan lama yang sangat nostalgia masih berdiri kukuh.
 
 
 
Linz turut berkunjung ke Kuching Waterfront yang di sebelahnya sungai memukau mata memandang dengan keindahan lebih-lebih lagi kalau masa petang, Linz menyusuri karidor waterfront sambil merakamkan kenangan terindah. Untuk melengkap kunjungan, Linz turut bergambar di tugu kuching yang menjadi mercu tanda sejak sekian lama. Linz berada di bandaraya ini bersama keluarga sempena majlis konvokesyen anak buah di Unimas, Kota Samarahan, Kuching Sarawak baru-baru lepas











Wednesday, November 16, 2016

Restoran Haji Tamrin Kini Di Sandakan



 
Restoran Hj Tamrin Kini Di Sandakan
  

 
Batu 4 : Bandar Indah Sandakan

Restoran yang popular di bandar Tawau, Restoran Haji Tamrin kini membuka cawangannya di Sandakan dan yang pasti pengunjung akan dapat menikmati menu hidangan terbaik dari restoran ini. Terletak di Bandar Indah, Batu 4 Jalan Utara restoran sudah mula dibuka sejak 1 November yang lalu. Antara menu istimewa yang mesti dicuba adalah nasi kunin ikan, nasi kuning ayam, nasi kuning rendang dan beraneka jenis lauk yang sedap-sedap belaka. Restoran Haji Tamrin juga menyediakan hidangan menyelerakan seperti mi tauhu Tawau, soto banjar, sup tulang, nasi ayam penyet, nasi lalap dan banyak lagi. Apa tunggu lagi, datanglah ke Restoran Haji Tamrin yang dibuka seawal pagi untuk merasai menu makanan dengan resepi yang lain daripada lain.
 
 
Mangan Mangan Di Restoran Hj Tamrin
 


Sedap : Nasi Kuning

Sunday, November 13, 2016

Mohd. Ali Rustam Ketika "Program Semarak Pendekar 1Hati 1Jiwa 1Gelanggang"



 
 
 
Mangan-Mangan ... Bekas Ketua Menteri Melaka yang kini selaku Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Pesaka Malaysia, Senator Tan Sri Haji Mohd Ali Rustam memberikan isyarat bagus semasa menikmati hidangan makanan yang istimewa di Medan Selera Tun Razak bersama-sama Yang Dipertua PSS Pesaka Sabah, Datuk Iliyas Ibrahim dan Pengerusi MAPIM Daerah Sandakan, Haji Otoh Sibik Sahak serta tetamu jemputan lain. Mohd Ali berada di Sandakan bagi menyempurnakan perasmian Program Semarak Pendekar 1Hati 1Jiwa 1Gelanggang yang telah berlangsung meriah di Dewan Serbaguna Sri Libaran, Batu 7 pada 13 November yang lalu.