Tag Line
Semuanya Pasal Makanan... Sedap Bah !!!
Sedap Bah !!! Dorang Bilang...
Monday, February 27, 2017
Mi Sup 'Kak Kiah' buat pelanggan setia berpeluh-peluh
Oleh sebab banyak betul nostalgia silam di kampung kelahiran Linz, Bokara apa lagik sanggup pergi ke rumah laut yang ada menjual mi sup 'Kak Kiah' ini ... bukannya apa, teringat terus suasana dulu-dulu apabila kita makan di gerai-gerai sup. Seperti di Bokara, tidak jugak kurang hebat terdapat gerai mi sup yang enak hidangannya sampai kita berpeluh-peluh kerana 'Sedap Dorang Bilang' ... sebab itulah, Linz mengajak kawan-kawan sekampung untuk makan di gerai kakak kita ni yang sedap betul macam sup depan dewan, 'Saya bilang laa' hehehe ... kelainan makan di gerai kampung memang berbeza seperti di bandar, selain berbaloi-baloi tapi suasananya jugak begitu muhibbah yang mengembalikan kita dgn kenangan masa lalu ... sebab itu dikongsikan betapa nostalgik kehidupan di kampung #ManganMangan
Wednesday, February 22, 2017
Restoran makanan segera sudah sinonim dengan masyarakat kita
Berkira-kira jugak kalau nak bawa family santai di restoran makanan segera ni, samada nak ke KFC atau Mc Donalds situlah banyak pilihan ada yang nak makan ayam goreng sampai menjilat jari serta tak kurang jugak nak makan burger 'Mc Chicken' ... bukannya apa, masa Linz membawa family mangan-mangan nampaknya dorang suka sangat ke Mc Donalds konon suasananya yang riang dan happening gitu walaupun riuh sikit tetapi menyeronokkan untuk bersantai-santai sambil menikmati menunya yang sedap belaka ... begitu pun, KFC tidak jugak dilupakan masa nak balik ke rumah teringat pulak nak menapau ayam goreng popular ini padahal kenyang sudah weiii, maknanya kedua-dua restoran makanan segera ini ada keistimewaan tersendiri yg sudah begitu sinonim dengan masyarakat kita tak kira di mana kita berada atau latar belakang berbeza sekali pun mesti nak makan KFC atau Mc Donalds sebab 'Sedap Dorang Bilang' #ManganMangan
Coto Makassar di Batu 26 Sandakan memang sedap
Baru-baru lepas, sarat dengan tugasan sampai Linz membuat liputan akhbar di Batu 25 ... Dalam perjalanan saya memandu sendiri terlintas pulak di fikiran gerai-gerai yang menjual coto makassar. Apa lagik singgahlah di Batu 26, kalau tidak silap kedai makan 'Atur Jadi' yang terletak di tepi jalan ini memang sedap cotonya ... pulut panggang jangan cerita, memang sedap weii intinya banyak pulak tu ... bagi anda yang suka makan-makan jangan lupa singgah di gerai ini atau mana-mana yang korang suka untuk merasai coto yang 'Sedap Dorang Bilang' #ManganMangan
Saturday, February 18, 2017
Nyonya Fried Chicken sedap dorang bilang
Mi Goreng Mamak buat anda nak makan lagi
Masa Linz berputar-putar di Prima Square, Batu 4 untuk mencari parkir apa lagi nampak kelibat tukang masak yang sedang sibuk memasak di gerainya ini ... Saya pun singgah untuk makan mi goreng mamak yang 'Sedap Dorang Bilang'. Memang sedap betul dan tip top mi gorengnya kira terbaiklah di Sandakan tambahan lagi empunya gerai sangat mesra dengan sentiasa memberikan senyuman kepada pelanggan yang datang ... Kalau anda bercadang merasai keenakan mi goreng mamak ini, datanglah ke Restoran D' Sambal yang terletak di Prima Square ... pasti nak datang lagi bila sudah mencuba mi goreng mamak yang rileks serta mudah mesra dengan pengunjung setianya itu #ManganMangan
Friday, February 10, 2017
Lanun Cafe buat pengunjung teruja
Linz nak bagi 4 Bintang kepada Lanun Cafe yang terletak di Bandar IJM ini kerana keliling bandar Sandakan saya pergi, rasanya cafe ini yang terbaik kerana lain daripada yang lain suasananya. Berkonsepkan lanun, inilah kelainan kepada cafe yang pastinya membuat sesiapa saja teruja apabila dapat digambarkan seolah-olah kita berada di dalam kapal lanun ... setiap sudut cafe ala-ala lanun semuanya sampai kepada menu sekali, nasib baik pelayan cafe tidak mengenakan pakaian lanun yang tentu sekali melengkap pelayaran di laut ... hehehe bergurau.
Linz memuji owner cafe yang begitu kreatif apabila berjaya membuka sebuah tempat minum mampu menjadi tarikan kepada pengunjung nanti, menu-menu disediakan pula memang tip top maka tidak hairan ramai yang berselfie dengan minuman yang dipesan comel-comel belaka tapi 'Sedap Dorang Bilang'. Kepada anda yang belum datang ke Lanun Cafe, pergilah berkunjung untuk santai-santai merasai suasana lanun sambil mencuba minuman dan makanan yang special buat pengunjung yang datang bersama rakan atau pun keluarga #ManganMangan
Wednesday, February 8, 2017
Sandakan Street Coffee aromanya memukau siapa saja
Biasanya minuman kopi atau nescafe orang bilang memang sinonim dengan minuman masa sarapan pagi atau di mana-mana saja. Yang tidak lekang kita dengar di kedai-kedai minum, 'Kopi O' ... namun oleh sebab zaman yang sudah berubah dan semakin moden pada masa kini, minuman kegemaran ramai tidak kenal usia ini pun turut berubah apabila ramai di kalangan peniaga sangat kreatif dengan mempelbagaikan perisa kopi yang dihiasi pula cawan-cawan comel.
Kalau anda berjalan-jalan di Kim Fung Night Market, Batu 4, Jalan Utara yang diadakan setiap petang hari Sabtu mesti terserempak dengan gerai yang menjual 'Big Cup Coffee'. Diceritakan, biasanya Linz santai-santai di restoran mamak yang menjadi tumpuan orang ramai di petang Sabtu, seawal jam 5 petang lagi sebuah gerai mulai dipenuhi pengunjung. Rupanya gerai yang menjual 'Big Cup Coffee' yang membuatkan sesiapa saja limpas pasti singgah. Peniaganya memang kreatif kerana minuman kopi yang dijual boleh didapati dalam pelbagai perisa samada dalam bentuk 'Zip Cup' atau 'Big Cup' dengan harga RM5 kalau tidak silap. Kepada anda penggemar minuman 'Big Cup' bolehlah singgah di gerai Sandakan Street Coffee untuk merasai keenakan minuman 'Sedap Dorang Bilang'.
Subscribe to:
Posts (Atom)