Selamat Datang Ke Blog Mangan Mangan With Linz.

Tag Line

Semuanya Pasal Makanan... Sedap Bah !!!

Sedap Bah !!! Dorang Bilang...




Wednesday, February 8, 2017

Sandakan Street Coffee aromanya memukau siapa saja

 
Biasanya minuman kopi atau nescafe orang bilang memang sinonim dengan minuman masa sarapan pagi atau di mana-mana saja. Yang tidak lekang kita dengar di kedai-kedai minum, 'Kopi O' ... namun oleh sebab zaman yang sudah berubah dan semakin moden pada masa kini, minuman kegemaran ramai tidak kenal usia ini pun turut berubah apabila ramai di kalangan peniaga sangat kreatif dengan mempelbagaikan perisa kopi yang dihiasi pula cawan-cawan comel.
 
Kalau anda berjalan-jalan di Kim Fung Night Market, Batu 4, Jalan Utara yang diadakan setiap petang hari Sabtu mesti terserempak dengan gerai yang menjual 'Big Cup Coffee'. Diceritakan, biasanya Linz santai-santai di restoran mamak yang menjadi tumpuan orang ramai di petang Sabtu, seawal jam 5 petang lagi sebuah gerai mulai dipenuhi pengunjung. Rupanya gerai yang menjual 'Big Cup Coffee' yang membuatkan sesiapa saja limpas pasti singgah. Peniaganya memang kreatif kerana minuman kopi yang dijual boleh didapati dalam pelbagai perisa samada dalam bentuk 'Zip Cup' atau 'Big Cup' dengan harga RM5 kalau tidak silap. Kepada anda penggemar minuman 'Big Cup' bolehlah singgah di gerai Sandakan Street Coffee untuk merasai keenakan minuman 'Sedap Dorang Bilang'.
 
 

6 comments:

  1. uissss hebat sandakan........

    mau minum kupi kupi...... sandakan best

    ReplyDelete
  2. boleh buat BISNES ni bos....

    ReplyDelete
  3. wartawan siapa? boleh buat duit ni

    ReplyDelete
  4. bila dibuka? masa warung ni bkn hari sabtu dan ahad ker?

    ReplyDelete
  5. kimfung nights market ... masa buka 4 ptg hingga 10 malam setiap hari sabtu

    ReplyDelete
  6. Thanks and I have a dandy proposal: How Much Home Renovation Cost whole home remodel cost

    ReplyDelete