Tag Line
Semuanya Pasal Makanan... Sedap Bah !!!
Sedap Bah !!! Dorang Bilang...
Friday, March 31, 2017
Tuesday, March 28, 2017
Roti Pasir Putih di Gimsa Cafe & Grill menambat hati pengunjung
Yang bagusnya rileks dan santai-santai di sekitar Pasir Putih, Jalan Bokara adalah terdapat tiga kedai kopi yang menjadi pilihan kepada pengunjung untuk makan.. bg yg gemar roti kawin sudah pasti laa ke kedai kopi 'Asau' yang terkenal mesra dgn pelanggan setianya itu, kedai kopi yg sdh begitu lama di Sandakan ini jugak turut menyajikan pelbagai kuih sedap-sedap belaka dan hidangan maggie pula sentiasa menambat hati .. pengunjung yg suka makanan goreng-goreng pulak bolehlah singgah ke Johhny Cafe dan Gimsa Cafe & Grill, di restoran ini pengunjung boleh order macam-macam menu hinggalah kepada makanan ala barat ... begitu pun, tadi pagi Linz memilih untuk rileks di Gimsa Cafe sambil pekena 'Roti Pasir Putih' dgn Kopi O, memang "Sedap Dorang Bilang' rotinya yg lembut bermentega ini ... kebetulan jugak Linz write-up artikel berita guna smartphone dan kereta dicuci di carwash memang selesa santai-santai di Gimsa Cafe sambil buat kerja #ManganMangan
Friday, March 17, 2017
santai-santai di Estrellas Cafe
Bertempat di sebuah cafe yang terletak di Bandar Indah, Batu 4, dekat sini, pada malam Khamis lepas satu penggambaran dibuat oleh kru Mangan-Mangan With Linz yang menjelajah tempat-tempat menarik mengenai makanan popular di bandar ini.
Ditambah lagi kehadiran dua pemimpin masyarakat iaitu Ustaz Abdul Rahman Tajudin, yang merupakan pensyarah OUM dan Hj Abdul Hamid Sabal selaku Pengerusi PERKASA Parlimen Batu Sapi menambahkan kemeriahan suasana yang begitu santai dan berilmiah sekali.
Linz atau nama sebenarnya Mohammed Rozzalin Hj Mohd Hashim wartawan sepenuh masa akhbar New Sabah Times Cawangan Sandakan yang telah membuat liputan dan penggambaran yang sangat hebat.
Linz adalah penggiat program mangan-mangan dan video yang diterbitkan beliau ini boleh ditonton di Channel Linz BokaraChai di laman sosial YouTube.
Pada malam itu, kehadiran begitu ramai orang untuk duduk menikmati makanan dan minuman sambil didendangkan dengan irama lagu telah menyebabkan suasana bertambah hangat dan harmoni.
Lagu-lagu yang disampaikan, bermula dari lagu 'I can't take my eyes off you' sehingga kepada lagu Melayu telah membuat penonton begitu teruja sekali.
Temuramah yang turut dilakukan Linz menyebabkan pengunjung begitu gembira dan santai menikmati minuman dan makanan yang sedap-sedap.
Menurut, Pengurus Cafe berkenaan kehadiran pengunjung pada malam itu sangat mengujakan.
Ia telah memberikan satu sinar baru untuk melangkah ke hadapan untuk menjadi satu-satunya restoran cafe yang terkemuka dan wajar dikunjungi di bandar Sandakan.
Pada mulanya, acara santai namun bertukar menjadi ilmiah sekali dengan kupasan yang menarik dari Hj Hamid dan Ustaz Abdul Rahman yang sememangnya memberikan konotasi ilmu terhadap perkaitan muzik dan makanan di dalam aspek Islam.
Memandangkan ia adalah satu satunya restoran cafe yang memberikan santapan makanan yang sedap, ia malah telah bertukar lanskap menjadi tempat yang strategik untuk masyarakat mendengar muzik dan kupasan ilmu sambil mangan-mangan.
Gabungan antara makanan, muzik dan bicara ilmu telah menjadikan konsep cafe seperti ini menjadi trademark untuk menarik orang ramai terus berkunjung.
Monday, March 6, 2017
Nasi Lemak Terbang di Estrellas Cafe
Kalau pasal makanan di bandar Sandakan, jangan cakap laa memang banyak gerai atau restoran yg menghidang nasi kuning ke mana-mana saja anda pergi mesti terserempak kerana kebanyakan nasi kuningnya sedap-sedap resepi pulak lain dari yang lain ... ada gerai yang menjual nasi kuning di pusat bandar rata-rata pelanggan sampai ada yg menggigit jari kerana terlepas nasi kuning yg cepat habis .... ada pulak restoran di Batu 4 sampai org berbaris menunggu org lain habis makan gara-gara penangan nasi kuning. Itu pasal nasi kuning laa, tapi korang pernah dengar 'Nasi Lemak Terbang' ... baa cuba-cuba kunun pigi Bandar Indah di Batu 4, estrellas Cafe menghidangkan menu istimewa ini. Nampak dari jauh, estrellas Cafe begitu eksklusif sekali dan mungkin sesetengah org berpendapat mahal ni makanannya, sebetulnya tidak menu2 yg dihidang harganya amat berpatutan dan standard laa org bilang ... apa yg ada di restoran lain, estrellas Cafe pun menyajikan menu yg lagi special termasuklah minuman. Kelainan di restoran ini suasananya sangat santai dan rileks, setiap sudut ada laa beberapa foto yg klasik sikit menampakkan owner estrellas Cafe memang kreatif ..
pada malam Rabu dan Sabtu pulak, pelanggan akan dihiburkan dgn live busking... apa lagik, datang laa ke estrellas Cafe untuk menikmati hidangan enak-enak belaka, Linz syor cuba dtg masa sarapan pagi dan order laa nasi lemak terbang, gerenti korang mesti cakap 'Sedap Dorang Bilang' hehehe #ManganMangan
Subscribe to:
Posts (Atom)