Selamat Datang Ke Blog Mangan Mangan With Linz.

Tag Line

Semuanya Pasal Makanan... Sedap Bah !!!

Sedap Bah !!! Dorang Bilang...




Friday, March 17, 2017

santai-santai di Estrellas Cafe

 
 
 
 
Bertempat di sebuah cafe yang terletak di Bandar Indah, Batu 4, dekat sini, pada malam Khamis lepas satu penggambaran dibuat oleh kru Mangan-Mangan With Linz yang menjelajah tempat-tempat menarik mengenai makanan popular di bandar ini.
 

Ditambah lagi kehadiran dua pemimpin masyarakat iaitu Ustaz Abdul Rahman Tajudin, yang merupakan pensyarah OUM dan Hj Abdul Hamid Sabal selaku Pengerusi PERKASA Parlimen Batu Sapi menambahkan kemeriahan suasana yang begitu santai dan berilmiah sekali.
 
Linz atau nama sebenarnya Mohammed Rozzalin Hj Mohd Hashim wartawan sepenuh masa akhbar New Sabah Times Cawangan Sandakan yang telah membuat liputan dan penggambaran yang sangat hebat. Linz adalah penggiat program mangan-mangan dan video yang diterbitkan beliau ini boleh ditonton di Channel Linz BokaraChai di laman sosial YouTube.
 
 
Pada malam itu, kehadiran begitu ramai orang untuk duduk menikmati makanan dan minuman sambil didendangkan dengan irama lagu telah menyebabkan suasana bertambah hangat dan harmoni. Lagu-lagu yang disampaikan, bermula dari lagu 'I can't take my eyes off you' sehingga kepada lagu Melayu telah membuat penonton begitu teruja sekali.
 
Temuramah yang turut dilakukan Linz menyebabkan pengunjung begitu gembira dan santai menikmati minuman dan makanan yang sedap-sedap. Menurut, Pengurus Cafe berkenaan kehadiran pengunjung pada malam itu sangat mengujakan.
 
 
Ia telah memberikan satu sinar baru untuk melangkah ke hadapan untuk menjadi satu-satunya restoran cafe yang terkemuka dan wajar dikunjungi di bandar Sandakan. Pada mulanya, acara santai namun bertukar menjadi ilmiah sekali dengan kupasan yang menarik dari Hj Hamid dan Ustaz Abdul Rahman yang sememangnya memberikan konotasi ilmu terhadap perkaitan muzik dan makanan di dalam aspek Islam.
 


Memandangkan ia adalah satu satunya restoran cafe yang memberikan santapan makanan yang sedap, ia malah telah bertukar lanskap menjadi tempat yang strategik untuk masyarakat mendengar muzik dan kupasan ilmu sambil mangan-mangan. Gabungan antara makanan, muzik dan bicara ilmu telah menjadikan konsep cafe seperti ini menjadi trademark untuk menarik orang ramai terus berkunjung.
 

 

3 comments:

  1. tahniah

    korang best...
    boleh buat program tv di TVi ni..... terbaik

    ReplyDelete
  2. wow


    satu satunya restoren di sandakan yg ada LIVE BAND


    kalau makan di sini boleh nyanyi ker?

    ReplyDelete