Selamat Datang Ke Blog Mangan Mangan With Linz.

Tag Line

Semuanya Pasal Makanan... Sedap Bah !!!

Sedap Bah !!! Dorang Bilang...




Friday, June 2, 2017

Laksa Penang, Laksa Sarawak dan Coto Makassar tarikan di Bazar Ramadhan Fajar

 
 
 
 




 
Hidangan Laksa Penang, Laksa Sarawak dan Coto Makassar antara juadah berbuka puasa yang menjadi tarikan kepada pengunjung di Bazar Ramadhan Fajar, Batu 7, dekat sini. Sejak bermulanya Ramadhan lagi, gerai-gerai yang menyediakan juadah berkenaan sering menjadi tumpuan orang ramai terutamanya masyarakat Islam untuk keperluan berbuka puasa. Mungkin kerana juadah seperti Laksa Penang dan Laksa Sarawak jarang-jarang boleh didapati di sini melainkan pada masa tertentu atau secara pesanan memaksa gerai menghidangkannya lebih demi memenuhi permintaan pengunjung. Ini kerana, Fajar antara lokasi yang menjadi tumpuan kepada pengunjung setiap kali tibanya bulan Ramadhan al - Mubarak kerana juadah berbuka puasa yang dijual beraneka jenis dan sedap-sedap belaka pula. Tidak hairan ia menjadi daya tarikan kerana kebanyakan juadah lain daripada yang lain malah seawal jam 2 petang sudah mulai dikunjungi orang ramai yang ingin membeli pelbagai makanan, kuih-muih tempatan dan minuman dengan bermacam perisa. Tinjauan yang dilakujan ke Bazar Ramadhan Fajar mendapati setiap gerai lot menjual juadah berbuka puasa dengan masing-masing menghidangkan menu isimewa. Peniaganya pula bijak menarik perhatian pengunjung untuk singgah ke gerai mereka dan tidak kurang pula ada yang memekik semata-mata menghabiskan jualan. Yang paling laris sekali Laksa Penang, Laksa Sarawak, Roti John dan Ayam Golek kerana ketika kesibukan pengunjung yang bersesak-sesak mendapatkan juadah nampaknya gerai ini tidak pernah lengang. Begitu pun, terdapat juga hidangan istimewa yang menambat hati seperti kebab ayam dan daging martabak jawa, lauk-pauk, ikan bakar, air tebu, air kelapa muda dan banyak lagi. Orang ramai boleh datang ke bazar ini seawal dibuka hingga waktu berbuka puasa dan pastinya nak datang lagi kerana hidangannya memenuhi citarasa semua pengunjung. - Sumber New Sabah Times














 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment